Sunday, March 6, 2011

Ayah nangis ayi dapat masuk DQ

Pagi tu pengumuman kat perhimpunan 'ada program pioneer persijilan tahfiz Darul Quran Jakim - UIA' ust wan noh yang umumkan seingat aku. peluang untuk siapa nak hafal quran 30 juzuk, sekaligus terus sambung dalam bidang aliran sains. program baru diperkenalkan, twinning program uia-dq. ramai yang teruja. ramai yang nak jadi hafiz. hafiz 30 juzuk. aku? aku tak berminat. aku dah hafal beberapa surah pilihan. bukannya kerja mudah. nak ngafal satu cerita, nak jaga lagi lah satu hal.. aku tak ambil kisah pengumuman pagi tu. 'siapa yang nak pegi interview dia, hujung minggu ni, sila bagi nama pada ustazah robiah dalam hari ni' sekali lagi aku buat dek.

tapi ramai kawan lain berminat. ramai bagi nama. masa rehat, ramai beratur bagi nama kat ustazah robiah. termasuk kawan2 baik aku masa smapk dulu, afnan, meor, zulfadli dan ramai lagi. putra ramai, putri pun ramai. aku terserempak dgn ustazah robiah. 'badri, join tak interview?' aku mmg agak rapat dgn ustazah robiah. ustazah yg ajar kelas quran kkaq. 'taklha ustazah, tak minat' 'ish kenapa plak tak minat? hafal quran tu?' aku tarik muka cembeng. 'alah, ramaikan wakil sekolah kita je. baguslah, budak sekolah kita ramai2 minat hafal quran. dapat tak dapat, soal dua' ustazah memujuk. 'dah bape ramai bagi nama ustazah?''baru 50 lebih' hah? ramainya! biar betul. 'ramai tu ustazah! saya tak pegi pun takpe kot..''alah, pergi je, ustazah letak nama kamu ye. alah, pegi je untuk ustazah' sengih ustazah robiah masih aku ingat. aku hanya senyum balik.

masa interview, 2 bas wakil dari smapk datang ILIM, institut latihan islam malaysia. 4 sekolah je terpilih untuk pioneer program ni. smapk, smapl, kisas n smakl.mmg smapk cipta rekod paling ramai datang interview tu.kene hafal semuka dalam masa sejam. aku hafal seadaanya. tidaklah begitu teruja. sbb dapat atau tak dapat, bukan di fikiran aku. kalau dapat pun aku nak tolak. awal2 lagi dah set goal, ya menolak peluang jadi hafiz quran! selain hafalan quran semuka, ujian pra spm diambik kira untuk kelayakan masuk uia. hafalan dari segi kelancaran, tajwid, dan sebagainya untuk syarat layak masuk dq..

seharian di ILIM. lepas tu balik smapk balik. seingat aku lepas spm, keputusan kemasukan ke dq uia tu keluar. aku termasuk yang lulus! Allah! dari lebih kurang 50 ke 80 budak smapk yg datang interview hari tu, hanya 10 yang lepas.. dan ada lebih kurang 16 orang saje seluruh calon yang diterima program tu! najran, fahmi, zulfadli, aku, firdaus radi, liyana, azlina, asma, amni, n lala. 10 orang dari smapk. aku nak tolak. tapi serba salah. kalau aku tolak, aku dah menzalimi orang lain dgn membiarkan satu peluang untuk hafal quran terlepas macam tu saja.. boleh ke cadangkan kat kawan lain yang lagi nak? takkan la aku pulak yg decide! hmm.. apa2pun aku masih ada hak untuk menolak. alasan? tak minat ke, nak sambung oversea ke, dan sebagainya. banyak alasan boleh buat.. tapi, aku nak tanya pandangan ayah. atau lagi tepat, bagitau aje mak ayah, ayi dapat offer dq uia, tapi nak tolak..

aku ingat lagi sekembalinya ke rumah hari tu, aku bawa surat tawaran kat ayah. ayah mak ada kat ruang tamu.. tgk tv. 'ayah, ni ayi ada dapat offer program baru dq uia. hafal quran setahun setengah, pastu masuk uia. kursus aliran sains.boleh minta course apa yg nak, kalau layak' ayah tengok dgn teliti. serius. baca surat tawaran tu.. selesai baca, ayah tersenyum.. senyum sampai nampak gigi. aku suka betul tgk ayah senyum. mak pun senyum. gembira ayi dapat tawaran hafal quran. hasrat aku nak tolak tawaran tu aku belum bagitau.

tiba2 ayah menangis.... menangis kegembiraan.. seronok sangat anak dia dapat peluang hafal quran... sampai menangis!! ayah pejam mata, seolah merasakan kesyukuran yang amat sangat.. dari riak wajah ayah, ayi tahu ayah tgh ucap hamdalah dalam hati... mak pun suka, seronok, gembira. semua yg bahagia2 belaka.. aku nak bgtau aku nak tolak tawaran tu.. tapi melihatkan tangisan kegembiraan ayah, aku jadi tak sanggup.... aku simpan dalam hati... atau tunggu ayah habis menangis, habis gembira dulu??

'alhamdulillah, ayah nak sangat salah sorang anak ayah ada dalam bidang agama. Allah maqbulkan jugak doa ayah. hafal quran lagi bagus!'tersentak aku. tgk ayah menangis, gembira, aku tetibe jadi gembira.. 'lepas hafal quran, boleh minta medic pulak tu! ni mmg program yang sangat bagus!' ayah mula melontarkan cita2 aku.. melontarkan setinggi2 nya.. setinggi awan angkasa.. meletakkan batu asas keyakinan bahawa aku buleh dapat dua2.. hafal quran, medic..

aku tak jadi cakap.. aku simpan dalam hati.. hajat aku supaya tawaran ni aku tolak, aku terima dgn hati yg berat.. terus terang, bukanlah menjadi hajat dan cita2 aku menghafal quran.. tidak seperti ramai yg lain mmg mencita2kan dari dulu.. bukan sebab aku tak minat langsung. aku tahu ia mulia. cuma, aku rasa berat. aku pernah hafal surah2 pilihan. sajdah. mulk.saf. jumuah. tak semudah yg disangka.. tak semudah mulianya quran itu..

aku terkenang lagi saat ayah nangis kat ruang tamu. bersyukur aku dapat masuk dq.. mengingatkan itu, aku sendiri jadi syahdu.. ayah, anakmu ini sudah capai sebahagian kehendakmu. moga hafalan aku yang tempang ni aku sentiasa kekal dalam menjaga.. walaupun aku tahu terlalu susah. lebih2 zaman kerja ni. atas motivasi sendiri je.. moga hafalan quran ini hidup sebenar2nya dalam hidup aku sehari2 lepas ini. dan seterusnya aku boleh berdoa:

robbighfirli, wali walidayya, warhamhuma kama rabbayani saghira.. amin, amin, amin..

Wednesday, January 5, 2011

Pergilah

Wahai sang sedih kecewa,
Kau boleh pergi sekarang,
Sebab tentera2 tenang sudahpun lama tiba,
Angin2 reda sudapun menggantikan taufan menggila,
Mengkecamukkan hati dan jiwa.

Wahai sang kecewa,
Pergilah kau,
Teman2 baikku sudah berada bersama,
Sang sabar sudah pulang bersama ahli keluarga,
Banyak nasihat2 yang sangat berguna,
Redha sudah menguasai diri,
Iman sudah membina benteng di hati,
Syukur pun dah datang sekali,
Hamdalah atas segala nikmat Ilahi,
Mereka semua bawaku jumpa sang istighfar,
Laluku teguk air cinta istighfar,
Manis sekali!

Wahai sang kecewa,
Pulanglah kau,
Sebab amal2ku satu2 datang keliling,
Kata mereka nak kekal lama,
Selagi mana aku melayan mereka,
Kekasihku Quran ikrar setia,
Katanya aku mahu dihiburkannya sampai ke syurga,
Kan didendangkan lagu2 indah ayat2 cinta,
Pengubat rindu, penyejuk jiwa,
Itu janji dia,
Syaratnya aku tak sekali2 lagi lupakan dia...

Wahai sang kecewa,
Terima kasih hadirmu,
Mengingatkan aku masih beriman dengan Tuhan yang satu,
Menyentakkan aku dari segala lalai alpa,
Menyedarkan aku dari tidur yang lena,
Dari kau, susul yang lain tiba,
Datang satu persatu,
Mengeliling aku,
Bukti Tuhan itu Maha Mencinta.

Wahai sang kecewa,
Terima kasih tibamu,
Mengingatkan aku masih ada akhirat,
Menanam benih di dunia,
Menuai buah di sana,
Mengingatkanku perjalanan ini masih panjang,
Mengingatkan aku destinasi terakhir adalah bertemu Tuhan!
Mengingatkan aku harus bangun semula,
Secepatnya.

Wahai sang kecewa,
Kau ajar aku seribu satu pelajaran,
Kau terangkan hatiku untuk dekat dengan Tuhan,
Kau lembutkan tulang belulang untuk ibadah,
Kau alirkan air mata gundah,
Lalu kuangkat tangan berdoa,
Merintih, mengadu, meminta,
Ya Allah, tetaplah sayangkan aku,
Tetapkanlah cinta sayangku padaMu,
Aku pinta ampun lagi hari ini,
Untuk dosaku semalam, dosaku hari ini,
dan dosaku yang mendatang.

Wahai sang sedih,
Kau makhluk yang tak kusuka, tapi kurindu,
Jauhlah sedikit dariku,
Tapi tetaplah berada di sampingku,
Kalau aku terlalai leka lagi,
Kau sapalah aku,
Tegur mana yang silap, biar aku perbaiki,
Perbetulkan perjalanan, menuju Allahu rabbi.

2.15 pm, 6.1.2011

Wednesday, November 24, 2010

Before I see You

Before I see You,
My God,
I want to make this right,
I want to shine my life bright,
With knowledge, Quran, You Allah, please take me out from the dark,
With iman, amal, I pray and hope my efforts end in the heavens park.


Before I see You my God,
I want to clean up my heart,
I want to come to You with qalbun salim,
Please help me stick with this deen,
Even I know its really hard,
With You, everything seems so simple,
With Your permission, You know that I am capable.


Before I see You Allah,
I always want to serve You,
Ive known that this life is all about being a servant to You,
With solah, saum, zakah and other good deeds,
All my life, my death is for You indeed.
I recite that every time I pray,
Oh Allah seldomly I really understand what I say.


Before I see You my love,
I want to payback Your love to me,
With all the might You've given to me,
Even I know that will never be possible,
But Oh Allah, guide me until I am able.


Before I see You Allah,
I want to let go all the worldly materials that follow,
And come to You with pure sincerity,
I know all these, I merely borrow,
Nothing really matters, except You and me.


Before I really see Your real face Allah,
Please guide me to always be on the straight path,
I know its never sufficient with the knowledge now I have,
Please help me to always missing You in my pray,
Even I know sometimes I make unnecessary delay...
Give me strength to hook my life on You,
Because this world has always been holding me back from remembering of You.


I have complete faith that one day I will meet You,
But in what condition that worries me a lot,
I know I have not done much in my life,
Will it be with a good white heart or full of black dots,
With all the might, I will strive,
Please Allah it will go nowhere without Your help.


This is because I believe in You,
And You have sent Muhammad as a messenger to tell,
I believe there is a heaven and hell,
I know I can choose by what I do here,
There is always a life in hereafter,
There are angels who records everything,
Also by Your order, managing many unseen things,
There is The Holy Quran,
I know its not a merely daily recitation,
But indeed a love letter to guide in every life station.


Before I see You Allah,
You have always call me to see you in solah,
Some very few times I really miss You so much,
That i feel this world, I have been out of touch,
Please help me to always missing You,
Because I know one day I will meet You...

Before I really see You..


24.11.10 6.20 pm

Saturday, November 20, 2010

Takbir raya dan ayah

Sudah agak lama tidak update blog. memang seawalnya saya tidak pasti selama manakah saya akan update blog ini. adakah berterusan, berhenti di tengah jalan atau sampai bila.. sememangnya ada yang ingin ditulis, namun kadang2 tidak tertulis. yakinlah saya, setiap apa yang ingin ditulis, pasti Allahlah yang mendorongnya. ada yang mengatakan saya berpuisi, berpujangga. saya sendiri tidak pasti apakah boleh dikata puisi pujangga. yang penting, sekiranya ada manfaat, mudah2an menjadi sebahagian dari amal salehku.

Aku selalu ingin mencoretkan tentang ayah.. arwah ayah. minggu depan, 28 november 2010, genaplah 2 tahun ayah pergi meninggalkan kami di belakang, di dunia, mencari2 erti hidup, menghidupkan erti2 yang ayah sampaikan sewaktu ayah hidup dulu, sehingga menjadi sebab untuk hidup di syurga nanti.

Setiap kali teringatkan arwah ayah, emosi selalu 'membesar'. sedih, gembira, syukur, redha dan bermacam2 lagi. tapi selalunya sedihlah yang mengerumuni diri. tapi, kadang2 sedih itu lah yang menjadi sumber inspirasiku.. untuk terus mendoakan ayah di alam sana. aku yakin ayah termasuk dalam golongan beriman, tapi aku juga mesti terus mendoakan ayah, setiap kali solatku, setiap kali doaku.. dan terus berusaha mengislahkan diri untuk jadi hamba Allah yang soleh. sebab doa anak yang soleh sahaja yang dapat meneruskan bekalan amalan ayah di sana..

Rabu lalu, seperti tahun2 yang lalu aku ke masjid untuk solat sunat raya aidiladha. aku datang agak awal, walaupun tak awal mana..seawal 7.45 pagi. mak aku beriya ajak pergi awal. aku ingat lagi di zaman ayah masih hidup dan menjadi imam di masjid taman marida ini, selalu saja ayah ajak menjadi 'lead' takbir. selalunya aku segan. aku hanya pelajar. ramai lagi pakcik2 yang lebih layak dan diutamakan. selalu saja aku tolak.

Tapi aku selalu tewas dengan rasa gembira dan sukanya kedua mak ayah aku bilamana aku, abang aku dan adik aku melaungkan takbir raya. raya aidilfitri dan aidiladha. maka aku niatkan bahawasanya aku ingin sekali menggembirakan mereka. niat ini selalu bermain di minda, walau aku tahu banyak saja perlakuanku tak disenangi mak ayah. maka begitulah aku ke depan, atas dorongan ayah. mengingatkan senyum ayah saja aku sudah syahdu..

Tahun ini juga aku ke depan, untuk memimpin laungan takbir. bilal, kawan baik ayah dulu yang pelawa, dimintanya aku memula. tiada siapa lagi yang hadir, melainkan beberapa orang melayu dan ramai muslim bangladesh yang kerja di sekitar senawang.

Aku jadi teringatkan arwah ayah. Sudah rindukan ayah rupanya aku... Sememangnya lewat 2,3 bulan yang lepas aku memang sangat teringatkan arwah ayah. aku jadi teringat impian2, harapan2 ayah, yang aku tekad untuk menyambungnya. tapi bila satu2nya harapan ayah yang aku rasa aku sangat yakin untuk mencapainya, ditakdirkan Allah, aku takkan mencapainya, aku jadi terlalu sedih. yang aku sangka, cinta aku terhadap ayah akan dapat aku teruskan, terbantut. rimaslah seketika. gelisah sementara. berbaur bermacam rasa. tiba2 terpanggil untuk bersama ayah. bunyi macam gila. tapi alhamdulillah, imanlah yang selamatkan aku.imanlah yang bagitahu: kalau kau betul2 sayang kasih cintakan ayah, teruslah berdoa, teruslah berusaha sedaya upaya menjadi hamba Allah yang saleh. dan jangan lupa, itu untuk hidup dia, hidup kau belum tentu!

astaghfirullah. kalimah istighfar sangat hebat. kalimah alhamdulillah, mensyukuri bahawa aku pernah ada ayah yang hebat, kehidupan yang baik.. jadi, tidak selayaknya aku berjaya digoda nafsu, disesatkan syaitan.

aku ingin lagi menulis tentang ayah. kelibat seorang manusia pada aku sangat hebat. seorang pengikut muhammad yang sangat taat. aku tidak ingin melupakan ayah. ayahlah yang mendidik aku, bersama mak, hingga aku jadi sekarang. ajaran santai ayahlah yang mencetus iman dalam hati. lantas menjadi penyelamat di dunia, juga di akhirat kelak. Aku ingin lagi mencoret segala kebaikan ayah, buat menjadi pendorong semangat untuk aku terus beramal saleh, memburu redha Allah, mengimpikan syurga. bukanlah ayah menjadi matlamat, tapi ayah sudahpun menjadi sebab untuk aku terdorong untuk menjadi hamba Allah yang baik, mudah2an sebaik ayah atau lebih lagi.. insyaAllah.

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah aku, dan kedua ibubapaku, dan rahmatilah mereka berdua, sepertimana mereka mendidikku di masa kecilku. Amin

Friday, November 5, 2010

Dosa vs amal...

Wahai dosa,
Kenapa kau selalu jenguk aku?
Padahal tak pernah aku pelawa kau datang selalu,
Tak pernah pula aku kata kita kawan sebulu,
Aku halau kau, kau datang balik
Kau datang hanya buatkan hati aku kotor,
Yang kau tinggalkan titik hitam berbintik2,
Jadikan amal2 sedikit yang aku ada seolah melebur,
Buatkan hati aku lama2 jadi malap,
Dah jadi susah aku nak nampak,
Aku terpaksa meraba2 pula dalam gelap,
Payahnya nak gerak,
Apa rintangan di depan susah nak elak,
Syaitan kiri kanan tergelak2.



Wahai amal,
Kenapa kau pula kejap2 saja tengok aku,
Padahal aku dah cakap, kau kawan baik aku,
Sebenarnya kau yang aku paling rindu,
Duduklah sini bersama, hiburkan aku,
Adanya kau iman aku bertambah,
Hati aku terasa cerah,
Bersama iman, kita cari ilmu,
Itu memang kombinasi yang padu!
Lalu mudahlah aku nak tengok jalan di depan,
Nak pilih kiri ke, atau ke kanan,
Menuju destinasi terakhir bertemu Tuhan.



Tapi dosa,
Kadang2 aku teringat,
Aku terus bertaubat,
Kalau tiada kau,
Mungkin juga aku terus terpukau,
Oleh dunia yang dilihat seolah bersniar kilau,
Mungkin juga aku terus terpana, terleka,
Negeri akhirat, aku terlupa,
Hmm... kalau kau nak datang juga,
Walaupun aku tahu kau tak pernah aku pelawa,
Tahu2 saja kau dah ada ada,
Janganlah kau bawa saudara mara,
Sahabat handai, teman berjela2,
Malas aku nak layan!
Yang takpa, dosa kecil-kecilan,
Asal kau bawa sekali kawan aku taubat,
InsyaAllah aku rasa selamat,
Dengan adanya kau, taubat insyaAllah selalu aku ingat.



Tapi amal,
Kadang2 kau datang, aku tak berapa nak layan,
Aku tak sertai dengan itqan,
Itu maknanya sungguh2 menyempurnakan,
Aku tak iring sekali dengan ikhlas,
Kadang2 aku terlupa amal saleh itu, Allah sahaja yang membalas,
Maafkan aku amal,
Sungguh aku sesal,
Terasa akal ni jadi bebal,
Terasa hati selaput dunianya tebal,
Lantas aku lupa kau dan iman,
Sedangkan itu, selalu sangat Allah peringatkan,
Banyak sekali tertulis dalam Quran.



Wahai diri,
Kenapa kau nak salahkan mereka?
Mereka ini makhluk Allah juga,
Kau tu yang biarkan hati mati,
Raja kerajaan diri,
Lemah longlai tak mampu berdiri sendiri,
Nak harapkan raja yang ini bagi arahan?
Patutlah senang saja dibantah nafsu syaitan,
Kau tu yang biarkan akal bebal dangkal,
Tak diburu segala ilmu,
Buat menyuluh semua penjuru,
Buat menyinar terang benderang,
Kalau macam ni punya jelas, dengan sesiapa pun aku boleh berperang!
Tahu siapa musuh, siapa kawan,
Baru aku berani, terus mara ke depan.


Wahai dosa,
Kau hanya bermakna bila aku bertaubat,
Kalau tak, kau hanya mengundang laknat,

Wahai amal,
Kau hanya bermanfaat bila aku ikhlas,
Lalu istiqamah di jalan kesabaran,
Bersuluhkan ilmu, bertemankan iman,
Pulang kepada Tuhan berbekalkan hati yang sejahtera,
Semuanya berbaloi bila kita berkumpul semula di syurga....


11.12 am 6.11.2010

Tuesday, October 26, 2010

Cemburu...

Aku lihat orang berilmu,
Aku jadi cemburu,
Semua dia tahu,
Senangnya dia nak pilih,
Tahu mana soleh, mana toleh,
Tahu mana buruk, mana baik,
Tahu mana baik, mana yang lagi baik,
Kalau jadi ini dan itu,
Dia tahu apa nak diperlaku.


Tapi ada juga orang berilmu tapi tidak beriman!
Belajar tinggi2, tapi tidak pula rasa Allah itu mesti dipertuhan,
Dia tidak sedar iman itu,
Seharusnya menjadi buah kepada ilmu,
Dari situlah hati terus hidup tak mati.
Apa ilmu yang ada taklah rugi.


Maka aku lihat orang berilmu, lantas dia beriman,
Sekali lagi aku cemburu,
Apa yang dia tahu,
Dia dapat merasa,
Ilmu yang ada meresap ke jiwa,
Akalnya dah hidup, hati pula cerah sentiasa,
Bukan sekadar berlegar di minda,
Atau kecoh berkata2,
Tapi iman itu membenarkan apa yang sebenarnya,
Dengan Allah sepenuhnya dia percaya.


Tapi ada juga yg berilmu, beriman, tapi tidak beramal!
Apa yang dia tahu, dia rasa,
Dibiarkan sahaja,
Cukuplah ilmu dan imannya pada Allah,
Tanpa beramal dia tidak pun rasa bersalah!
Disangkanya ilmu iman itu cukup,
Lantas apa yang dikata usaha itu dia tutup,
Bukankah ilmu tanpa amal itu sia2?
Dan amal tanpa ilmu itu gila?
Ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah,
Apa nak diharapkan, hanya menunggu tuah?


Maka aku lihat orang yg berilmu, beriman yang beramal,
Sekali lagi aku jadi cemburu,
Ilmu yang dia tahu,
Membuah iman di kalbu,
Terus dia amal selalu,
Bagaikan pokok berbuah lebat sekali,
Ilmu yang ada disebarkan ke manusia,
Ilmu yang dia ada tersebar merata,
Wah, betapa banyaknya dia membawa manfaat!
Daripada ilmu yang disebar, orang lain jadi taat!


Tapi ada juga yg berilmu, beriman, beramal, tapi tidak pula ikhlas,
Kadang2 sahaja dia yakin suatu amal itu, Allah sahaja yang membalas,
Kadang2 tergelincir, yang diharapkan redha manusia,
Apa yang dia mahu sekadar habuan dunia,
Syurga itu rupa2nya letak nombor dua!


Maka aku lihat pula orang yg berilmu, beriman, beramal dan ikhlas,
Buat kesekian kalinya aku cemburu lagi,
Apa amal yang ada,
Memang dia mengharap redha Allah semata,
Semua yang diusaha, Allah balas dengan syurga,
Apalah sangat habuan dunia, redha manusia,
Dunia ni dipandang sebelah mata.


Tapi ada juga yang sudah ikhlas,tidak pula istiqamah,
Beramal sehari dua, dia sudah lelah,
Alah sayangnya dia tidak berterusan,
Kalau tak pahala dia mesti Allah lipat gandakan.


Maka aku lihat orang yg berilmu, beriman, beramal, ikhlas dan istiqamah,
Yang inilah aku paling cemburu,
Apa tidaknya,
Segala hidupnya berbaloi bila Allah kurniakan syurga,
Rahmat Allah, Ampunan Allah keatasnya,
Bila berdoa, semua dimakbulkan,
Bila berkata, semua memanfaatkan,
Bila berbuat, memang berdasarkan ilmu,
Allah bersamanya selalu.


Ilmu, iman, amal, ikhlas, istiqamah,
Mereka ini 5 sahabat baik tak terpisahkan,
seboleh2nya jangan dijauh2kan,
kalau dipisahkan salah satu,
Maka tempanglah ia.


Ilmu itu duduknya di daerah akal,
Iman itu duduknya di daerah hati,
Amal itu duduknya di daerah anggota,
Ikhlas dan istiqamah itu mesti direbut dan dipelihara,
Bila semua ini bersatu,
Barulah ini kombinasi padu!


Orang 'biasa' akan terus sesat jika tidak bersama ilmu,
Orang berilmu akan binasa jika tidak beriman,
Orang beriman akan binasa jika tidak beramal,
Orang beramal akan binasa jika tidak ikhlas,
Orang ikhlas sedikit saja manfaatnya jika tidak istiqamah,


Kalau dinilai sendiri, maka di mana rasanya kita?
Kalau ada amalnya,
Amal apa yang sampai pada Allah?
Aduhai betapa malang lah hidup ini,
Kalau selama ini kita beramal,
Tidak langsung Allah terima,
Melainkan sedikit sahaja?
Maka bagaimana yag langsung tidak beramal?
Tidakkah bertimpa2 malangnya?


Aku kembali pada cemburu,
Aku cakap, eloklah kau ada,
Tapi cukup ke itu sahaja?
Takkan tak buat apa2?
Merenung, melopong, mengangankan syurga,
Tapi apa usaha?
Tiada!
Jom kita mula,
Sekarang juga!

27.10.10 11.25am

Friday, October 22, 2010

Taubat mensyukuri nikmat

Hari itu aku menangis,
Sebab tak dapat apa yang aku nak,
Aku ingat aku berhak,
Tak sangka aku termasuk orang yang sombong bongkak,
Tak sangka aku termasuk orang yang sedikit bersyukur,
Tapi Alhamdulillah masih selamat dari nikmat Allah aku kufur..


Hari ini aku menangis lagi,
Sebab terkenang aku pernah menagis dahulu,
Yang puncanya dunia yang aku ingini,
Pergi meninggalkan dirii,
Bila aku tersedar dari lamunan,
Sememangnya hampir2 aku tertipu oleh nafsu dan syaitan,
Betapa melekat dunia di hati,
Bila disentap, bagaikan direntap dari belukar berduri,
Sakitnya tak terhingga,
Perit tak terkata.


Namun bila mengadu pada empunya hati,
Allah itu Maha Mengasihani,
Ditarikku keluar dari kemelut perasaan,
Disingkapkan tabir yang menghalang,
Maka terlihatlah hikmah yang bertaburan,
Aku kutip dan kutip, sampai tak cukup tangan,


Ya Allah, Kau beri ini kepadaku?
Sebelum sempat aku tersedar untuk taubat,
Sebelum sempat tangisku kerana dunia itu kering,
Sebelum sempat raja yang bernama hati sembuh dari gering,
Kau masih lagi terus memberiku nikmat!
Aduhai aku cuba kejar dengan taubat, tapi tak dapat,
Aku cuba tampung dengan syukur, sedikit saja usahaku itu merapat,


Ya Allah, baru hari itu, aku pinta,
Berilah aku masa untuk aku menangis mengenang,
Mengenang yang dunia pernah aku tangis kerana meninggalkan,
Yang kusangka meninggalkan aku berjalan tempang,
Jatuh tersungkur tak terbangkitkan,
Tapi baru kusedar kini,
Betapa Kau sememangnya Maha Mengasihani,
Betapa Kaulah sebenarnya yang lebih berhak dicintai,
Lalu Kau tunjukkan aku jalan,
Jalan kesabaran dan tetap dengan iman,
Kau gemakan ayat-ayat cinta dalam kepalaku,
Kasih SayangMu mengelus2 kalbu,
Oh itulah yang tiba2 membuat aku rindu!


Ya, Ya Allah, sebelum sempat puas aku menjalani taubat,
Kau masih lagi tak jemu memberi aku nikmat,
Betapa inilah Cinta agung,
Inilah Cinta tak terbalaskan,
Biar sekalian manusia berkumpul untuk menanggung,
Masih tak habis Cinta Kau ini kami balaskan,
Namun masih cinta manusia yang kami cari,
Oh mengapakah begini?


Ya Allah, ampunkan aku,
Aku tahu aku jauh dari mampu,
Aku hanya hambaMu yang lemah,
Aku hanya hambaMu yang hina,
Aku hanya hambaMu yang selalu lalai dan leka,


Lalu aku bertanya,
Sepatutnyakah aku menangis dahulu?
Bila aku sedar itu ketentuan Ilahi?
Bila jawapan keluar dari hati,
Senyap2 jawapannya tidak..
Aku tunduk malu padaMu Tuhan,
Betapa sebenarnya aku lebih Kau sayang,
Dari dunia yang sementara,
Cuma aku lalai alpa...


Hari ini aku menangis lagi,
Mengenang tangisku terhadap dunia,
Sememangnya tiada nilai apa,
Pada pandangan Allah,
Maka kenapa air mata berkaca2?


Kalaulah dunia ini hidup, bernyawa mampu berkata2,
Barangkali ini ucapnya:
Wahai manusia, aku sendiri sedih dan kecewa,
Melihat aku ini lebih kau cinta,
Kenapa aku yang kau tangiskan?
Sedang aku ni kau sememangnya akan tinggalkan?
Aku akan hancur lebur tidak berkesan,
Aku hanya makhluk Allah buat kamu semua,
Menjadi ladang kebun sementara,
Buat kau tanam benih, lalu dituai di akhirat sana,
Kalau benih baik yang kau tanam, maka elok ranumlah buahnya,
Kalau benih buruk, maka rosak busuklah buahnya,
Janganlah kau sangka semua ini sia2,
Buah itulah yang menjadi penentu bahagia kau di sana!
Janganlah nanti aku yang kau persalahkan,
Padahal aku yang kau semua terhegeh2 cintakan,
Aku cinta kau? Tak pernah aku katakan!


Aku kembali menangis lagi,
Betapa nikmat Allah yang aku kecapi,
Yang banyaknya sampai tak aku sedari,
Sebenarnya untuk aku syukuri,
Lantas terus mengabdi diri,
Membalas Cinta Allahu rabbi.


Aku menagis lagi,
Sekalian dosa yang aku buat,
Ada yang aku tidak bertaubat,
Sanggupkah aku menanggung deritanya neraka,
Bia aku sedar aku masih mampu buat sesuatu sementara di dunia?
Ya Allah, sekali lagi ampunkanlah aku.


Ya Allah aku sedar,
Rasaku ini, sekali lagi satu nikmat dari sekalian nikmat,
Tolonglah aku, jangan biar aku kufur nikmat,
Bantulah aku sentiasa bertaubat,
Janganlah biarkan aku sesat,
Jangan biarkan aku dalam golongan terlewat,
Melambat2kan taubat,
Tahu2 dah sampai negeri akhirat...


23.10.10 10.45 am