Thursday, September 30, 2010

Aku masih di dunia...

Ya Allah, bila aku memutuskan untuk menarik diri dari cinta dunia,

Lalu aku cuba untuk berpaling dari mereka,

Lantas aku ingin sedaya upaya,

Mengadapkan diriku padaMu semata,

Aku seolah-olah menjadi asing..

Mereka semua bicara cinta manusia,

Cinta lelaki wanita,

Tapi aku tak mahu peduli mereka,

Aku pedulikan diri aku saja,

Tapi aku tetap kasihankan mereka,

Perlukah mereka merasa peritnya ditipu cinta dunia,

Baru mahu mereka mengadapMu yang Esa?


Ya Allah adakah aku yang tidak betul?

Seolah menolak terus dunia,

Yang aku kini di alamnya,

Ataupun mereka belum terasa?

Betapa semua itu dusta?

Betapa cinta yang mereka perkata,

Bohong semata-mata?

Betapa Kau lebih layak dicinta?

Betapa Kau yang Maha Mencinta?

Atau aku ini sudah sampai masa?

Kalau dengan itu, Kau redha,

Aku rela diambil bila-bila,

Asal Kau redha Ya Allah, semua itu bermakna...



Tapi Ya Allah, aku sedar aku kini di dunia,

Belum pasti aku kan jadi ahli syurga,

Maka dengan itu aku seharusnya terus berusaha,

Jangan terbawa-bawa oleh kecewa,

Masih terbentang seribu ujian di hadapan..

Yang aku takut tak lulus untuk mara ke depan,

Masih dunia yang aku mesti tempuhi,

Masih manusia yang aku mesti temui,

Masih ada seorang ibu untuk aku bahagiakan,

Masih ada keluarga untuk diperhatikan,

Masih ada teman-teman untuk saling menasihatkan,

Masih ada islam untuk aku sumbangkan,

Masih ada umat islam untuk aku peringatkan,

Masih ada umat bukan islam untuk aku perajakkan,

Masih ada dunia untuk aku bantu peramankan,

Masih ada peranan dan pertanggungjawaban,

Masih ada diriku sendiri untuk aku perbetulkan,

Masih ada cita-cita di hadapan,

Masih ada kau wahai Tuhan,

Ya, masih ada Kau penunjuk jalan,

Maka dengan itu aku mesti terus tabah,

Tolonglah aku ya Allah jangan biar aku jatuh rebah.



Ya Allah aku sedar dunia ini tempatnya,

Untuk aku menyiapkan bekal untuk ke sana,

Tapi aku sentiasa lalai dan leka,

Dek dunia ini yang sementara,

Bekalkanlah aku dengan iman,

Peringatkan aku dengan Al-quran,

Tambahkan aku ilmu penyuluh jalan,

Ringankan anggota ku untuk beribadah,

Menyerah seluruh diriku menghadapMu ya Allah,

Mudahkan aku agar sentiasa bertaubat,

Jangan Kau biarkan aku sesat,

Sesungguhnya Kau Tuhan Yang Maha Esa,

Tempat kembali semua yang di dunia,

Kini aku harus kembali ke alam nyata!



badrikudos

30 September 2010. 11.47 pm

Tuesday, September 28, 2010

Hati ini untukMu...

Ya Allah, aku serahkan hatiku ini..

Walau aku tahu ia tidak menampakkan seri,

Tidak aku hiaskan dia secantiknya,

Tidak aku jaga dia seeloknya,

Setelah aku sumbat cinta dunia,

Cinta fana, cinta penuh tipu daya.

Cinta biasa orang kata, fatamorgana,

Cinta manusia yang buta dan alpa,

Padahal aku juga buta dan alpa,



Aku tahu aku patut malu,

Dengan hati yang ini aku nak persembah padaMu,

Compang campingnya,

Darah-darah mengalir dari luka-luka,

Bengkak nanah sini sana,

Busuknya tak terkira,



Tapi Ya Allah,

Aku yakin dengan rahmatMu

Aku yakin dengan PenyayangMu

Aku yakin dengan PengasihaniMu

Aku yakin dengan PemaafnyaMu

Aku yakin dengan wujudnyaMu

Kalaukan tidak mana mungkin aku masih mampu bernafas,

Mana mungkin aku boleh terus hidup,

Mana mungkin aku boleh nampak sinar CintaMu,

Mana mungkin aku boleh merasa belas kasihMu,

Mana mungkin aku boleh rasa tiba-tiba hidup ini belum berakhir,

Semuanya itu hanya mungkin bila kau sememangnya ada,

Sentiasa ada dari dulu, kini selamanya,

Cuma aku yang lalai alpa,

Bodoh sombong tak terhingga,



Aku sujud pada Kau ya Allah,

Agar diampun segala dosa,

Agar diterima segala amal,

Agar RahmatMu Kau kurnia,

Yang luasnya melangit saujana,

Biarpun dosaku menggunung tinggi..



Ya Allah, terimalah hati ini,

Terimalah persembahan ku ini,

Andai kau terima Ia Ya Allah,

Tidak ada yang terbanding lagi di dunia ini,

Kalau tidak Kau terima Ya Allah,

Berilah aku masa,

Buat perbaiki diri,

Buat permantapkan hati,

Akan kuhias secantik mewangi,

Dengan izinMu jua Ya Allah,

Dengan hidayahMu jua Ya Allah,

PadaMu, aku sentiasa ingin kembali.


badrikudos

28 September 2010. 9.45 pm

Monday, September 27, 2010

Mengemis kasih

Allah itu tidak sekali2 menzalimi hamba2Nya. Allah itu pemilik segala. Allah itu yang paling berhak dicinta. Allah itu adalah segala2nya..

Allah itu maha kaya, maha mengetahui. Allah siapkan aku dengan bekal yang aku sendiri tak sedar.. betapa Dia cintakan hambaNya, dia persiapkan segalanya, nasyid2 yang aku pernah hafal, dan yang aku suka. Alquran yang pernah kuhafal dari muka ke muka...

Lagu Mengemis Kasih yang seawal dulu dinyanyikan oleh kumpulan The Zikr, kemudian dinyanyikan semula oleh Raihan, kemudian dirakamkan semula oleh Nazrey Johani ini selalu sangat jadi nyanyian sendiri bila2 aku mahu. bila senang, bila sedih, bila dosa rasa menggunung, bila rasa rindukan ayah, bila mengharap, bila nak kuatkan bersabar dan bila2 lagi. ya, bila mengantuk masa memandu pun aku nyanyikan sendiri lagu ini.

Kini aku nyanyi lagi lagu ini, kali ini liriknya menyusup dari awal sampai akhirnya.. bukan sekadar korusnya. betapa seolah2 lagu ini mmg dituju buat aku. padahal ianya satu kebenaran, yang melanda ramai manusia, yang mana siapa yang menghayatinya, pasti merasa. betapa di tengah2 kecewa dgn dunia, Allah itu sentiasa ada.. memerhati kita.. betapa rahmat Allah itu tersangat luas sebenarnya, dan betapa syukur kita hanya sekelumit dari nikmat2 yang dikurnia. tak pernah sebanding nilainya.. tapi Allah itu tetap sahaja memberi kita.. memberi kita segala-galanya untuk kita terus hidup, mencari bekal, mencari sebab untuk kita lulus atau dapat tiket ke syurga nanti.. tidak pula Allah terus matikan kita, tanpa ada lagi peluang mencari cintaNya...

Buat kesekalian kalinya aku nyanyi lagi lagu ini. ya, aku syok sendiri. aku tak peduli.

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati,
Kepada manusia yang alpa jua buta,
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah,
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah,

Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu,
Tak ingin lagi kuulangi kembali,
Gerak dosa yang menghiris hati,

Tuhan dosaku menggunung tinggi,
Tapi rahmatMu melangit luas,
Harga selautan syukurku,
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi,

Tuhan walau taubat sering kumungkir,
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi,
Bila selangkah kurapat padaMu,
Seribu langkah kau rapat padaku.

Allah....ha... ha....
Allah... ha... ha...

Sabarlah wahai diri, pujuklah hati...


Sabarlah wahai diri,

Tabahlah wahai hati,

Redhalah takdir ilahi,

Kau tak tahu apa kan menanti,

Kau tak tahu apa kan hadir sebagai ganti,

Cukuplah kau kembali pada Ilahi.


Kalau sabarmu itu sebab ke syurga,

Apa nak dihairankan dunia seisinya,

Nanti kau boleh pinta segalanya,

Allah itu Maha Kuasa,

Tiada yang mustahil bagiNya,


Sebenarnya Allah lenyapkan cinta dunia,

Allah nak ganti dengan Cinta Dia,

Apakah kau tak merasa?

CintaNya memancar ke seluruh alam maya?

Bahawa Allah itu Maha Mencinta?

Tetap mengasihani hamba2Nya?

Ya, walaupun kau tak pernah nak layan cintaNya?

Walaupun hari-hari kau bermaksiat padaNya?

Sedar tak sedar kau penuh dosa?

Sedang Al-quran itu sentiasa kaubaca,

Oh lupa, kau tak baca sekali maknanya.


Kau patut berasa malu,

Kepada mereka yang terdahulu,

Mereka diseksa badan anggota,

Dipaksa menyerah iman dan jiwa,

Sedang kau hanya sedih dan kecewa,

Kerana tak dapat apa yang kau ‘anggap cinta’?

Mereka dahulu perjuang akhirat,

Dan kau? Perjuang dunia?

Haish...


Wahai akal jangan jadi bebal,

Kau orang yang terpelajar,

Ilmu-ilmu yang ada masih terang menyinar,

Masih mampu menyuluh yang gelap dan yang samar-samar.


Wahai hati, perbaikilah diri,

Kau raja kerajaan diri,

Lemahnya kau, maka lemahlah seluruhnya,

Kuatnya kau, maka kuatlah semua.

Baiknya kau, maka baiklah seluruh anggota.

Bukan aku yang kata,

Tapi nabi pernah bersabda


Wahai nafsu, jangan kau nak ambil kesempatan,

Kau selalu saja perturutkan syaitan,

Jangan pasal kau seorang,

Kita semua diheret ke neraka jahannam!


Ya Allah, kau Maha Mendengar rintihan hambaMu,

Kini baru aku tersedar kau sentiasa memanggil aku,

Kalaulah dunia ini, masih ada bahagian buatku,

Jangan kau gantikan cinta Kau dengan yang lain,

Jangan kau gantikan dunia dengan dunia,

Tapi sekiranya dunia ini memang harus kutempuh sampai akhir waktu,

Kau letaklah dunia di tanganku,

Tidak sekali-kali lagi di hatiku.


Wahai hati, sabarlah.

Biar kau rasa dunia ini seolah kiamat,

Seolah hidup ini sudah sampai penamat,

Tapi sebenarnya ia bawa sejuta rahmat,

Melainkan kau sendiri menutup rapat,

Bertaubatlah sementara sempat,

Jangan nanti tahu-tahu dah terlambat,

Celik-celik je mata sudah sampai negeri akhirat!!



badrikudos

27 September 2010, 5.00 pm

Sunday, September 26, 2010

'Deeper me'

Assalamualaikum,

Dear readers,

This is a new blog created by me, revealing a new me.. not really new me, its actually me, just being a 'deeper me'. a level below the 'rational world' of the mind, 'decisive world of the heart', n the 'actual world' of the physical body. with all those three, actually there is another gift or element of self from Allah to us, emotions. To be emotional or to hand over oneself to emotion alone, and to neglect the other three is not good to oneself. But to acknowledge emotion a part of ourself, is to me to appreciate the gift from Allah. n emotion stays in the heart..

"okay, emotion, we actually know u r part of us, u can now show some of yourself, but please, have some dignity!"

For those who know me, u might not know who is the writer is, or curious is this me. Because i never showed who i really was.. certain things are better kept secret and quiet.. what i really intended to show to people, to the world, was always being a rational, optimist, good of me. Never should one show any part of bad to others. Once Allah help us to hide whatever 'bad' of us, never ask Allah to reveal them.

I dont know of how long will I keep writing this. Maybe as long it would bring goodness to others who read. Maybe as long as I still want to write. Maybe as long im still alive. I dont know.. Ive wrote 2 blogs before, but did not write frequently, so the record is not that good.. those who like to read my other blog can visit http://ibnquds.blogspot.com for a more serious me.

To those who read, u r invited to leave any comments, which to you, might bring goodness to me, to u n others.. let us spread any kind of goodness.. our prophet had reminded us that the best among us is he who give the most benefit to others...n let us be one..

But there is a warning. this blog might and will contain emotional content. Thus, those who r being sceptic, feeling negative, close-minded etc, u r respectfully asked to leave this site... no offense, a person is a person, each is uniquely built personally by Allah, each person differ to the others. but for those who think emotional has been the king in the writings.. insyaAllah rationalism will come to show the light, n convince us that everything happens, there is a reason n 'hikmah' behind it..

In this blog, i dont really mind my language. so please dont mind about it.

may this blog will bring goodness rather than showing foolishness alone.

Wassalam