Thursday, September 30, 2010

Aku masih di dunia...

Ya Allah, bila aku memutuskan untuk menarik diri dari cinta dunia,

Lalu aku cuba untuk berpaling dari mereka,

Lantas aku ingin sedaya upaya,

Mengadapkan diriku padaMu semata,

Aku seolah-olah menjadi asing..

Mereka semua bicara cinta manusia,

Cinta lelaki wanita,

Tapi aku tak mahu peduli mereka,

Aku pedulikan diri aku saja,

Tapi aku tetap kasihankan mereka,

Perlukah mereka merasa peritnya ditipu cinta dunia,

Baru mahu mereka mengadapMu yang Esa?


Ya Allah adakah aku yang tidak betul?

Seolah menolak terus dunia,

Yang aku kini di alamnya,

Ataupun mereka belum terasa?

Betapa semua itu dusta?

Betapa cinta yang mereka perkata,

Bohong semata-mata?

Betapa Kau lebih layak dicinta?

Betapa Kau yang Maha Mencinta?

Atau aku ini sudah sampai masa?

Kalau dengan itu, Kau redha,

Aku rela diambil bila-bila,

Asal Kau redha Ya Allah, semua itu bermakna...



Tapi Ya Allah, aku sedar aku kini di dunia,

Belum pasti aku kan jadi ahli syurga,

Maka dengan itu aku seharusnya terus berusaha,

Jangan terbawa-bawa oleh kecewa,

Masih terbentang seribu ujian di hadapan..

Yang aku takut tak lulus untuk mara ke depan,

Masih dunia yang aku mesti tempuhi,

Masih manusia yang aku mesti temui,

Masih ada seorang ibu untuk aku bahagiakan,

Masih ada keluarga untuk diperhatikan,

Masih ada teman-teman untuk saling menasihatkan,

Masih ada islam untuk aku sumbangkan,

Masih ada umat islam untuk aku peringatkan,

Masih ada umat bukan islam untuk aku perajakkan,

Masih ada dunia untuk aku bantu peramankan,

Masih ada peranan dan pertanggungjawaban,

Masih ada diriku sendiri untuk aku perbetulkan,

Masih ada cita-cita di hadapan,

Masih ada kau wahai Tuhan,

Ya, masih ada Kau penunjuk jalan,

Maka dengan itu aku mesti terus tabah,

Tolonglah aku ya Allah jangan biar aku jatuh rebah.



Ya Allah aku sedar dunia ini tempatnya,

Untuk aku menyiapkan bekal untuk ke sana,

Tapi aku sentiasa lalai dan leka,

Dek dunia ini yang sementara,

Bekalkanlah aku dengan iman,

Peringatkan aku dengan Al-quran,

Tambahkan aku ilmu penyuluh jalan,

Ringankan anggota ku untuk beribadah,

Menyerah seluruh diriku menghadapMu ya Allah,

Mudahkan aku agar sentiasa bertaubat,

Jangan Kau biarkan aku sesat,

Sesungguhnya Kau Tuhan Yang Maha Esa,

Tempat kembali semua yang di dunia,

Kini aku harus kembali ke alam nyata!



badrikudos

30 September 2010. 11.47 pm

No comments:

Post a Comment