Monday, September 27, 2010

Sabarlah wahai diri, pujuklah hati...


Sabarlah wahai diri,

Tabahlah wahai hati,

Redhalah takdir ilahi,

Kau tak tahu apa kan menanti,

Kau tak tahu apa kan hadir sebagai ganti,

Cukuplah kau kembali pada Ilahi.


Kalau sabarmu itu sebab ke syurga,

Apa nak dihairankan dunia seisinya,

Nanti kau boleh pinta segalanya,

Allah itu Maha Kuasa,

Tiada yang mustahil bagiNya,


Sebenarnya Allah lenyapkan cinta dunia,

Allah nak ganti dengan Cinta Dia,

Apakah kau tak merasa?

CintaNya memancar ke seluruh alam maya?

Bahawa Allah itu Maha Mencinta?

Tetap mengasihani hamba2Nya?

Ya, walaupun kau tak pernah nak layan cintaNya?

Walaupun hari-hari kau bermaksiat padaNya?

Sedar tak sedar kau penuh dosa?

Sedang Al-quran itu sentiasa kaubaca,

Oh lupa, kau tak baca sekali maknanya.


Kau patut berasa malu,

Kepada mereka yang terdahulu,

Mereka diseksa badan anggota,

Dipaksa menyerah iman dan jiwa,

Sedang kau hanya sedih dan kecewa,

Kerana tak dapat apa yang kau ‘anggap cinta’?

Mereka dahulu perjuang akhirat,

Dan kau? Perjuang dunia?

Haish...


Wahai akal jangan jadi bebal,

Kau orang yang terpelajar,

Ilmu-ilmu yang ada masih terang menyinar,

Masih mampu menyuluh yang gelap dan yang samar-samar.


Wahai hati, perbaikilah diri,

Kau raja kerajaan diri,

Lemahnya kau, maka lemahlah seluruhnya,

Kuatnya kau, maka kuatlah semua.

Baiknya kau, maka baiklah seluruh anggota.

Bukan aku yang kata,

Tapi nabi pernah bersabda


Wahai nafsu, jangan kau nak ambil kesempatan,

Kau selalu saja perturutkan syaitan,

Jangan pasal kau seorang,

Kita semua diheret ke neraka jahannam!


Ya Allah, kau Maha Mendengar rintihan hambaMu,

Kini baru aku tersedar kau sentiasa memanggil aku,

Kalaulah dunia ini, masih ada bahagian buatku,

Jangan kau gantikan cinta Kau dengan yang lain,

Jangan kau gantikan dunia dengan dunia,

Tapi sekiranya dunia ini memang harus kutempuh sampai akhir waktu,

Kau letaklah dunia di tanganku,

Tidak sekali-kali lagi di hatiku.


Wahai hati, sabarlah.

Biar kau rasa dunia ini seolah kiamat,

Seolah hidup ini sudah sampai penamat,

Tapi sebenarnya ia bawa sejuta rahmat,

Melainkan kau sendiri menutup rapat,

Bertaubatlah sementara sempat,

Jangan nanti tahu-tahu dah terlambat,

Celik-celik je mata sudah sampai negeri akhirat!!



badrikudos

27 September 2010, 5.00 pm

No comments:

Post a Comment