Orang yang ikhlas,
Tidak merasa bangga bila dipuji,
Tidak merasa tercela bila dikeji,
Tidak merasa tinggi bila disanjung,
Tidak merasa melambung bila dijunjung,
Tidak pula merasa rendah bila dihina,
Tidak pula kisah tidak dipandang,
Tidak pula rasa ingin dihargai.
Orang yang ikhlas,
memberi kerana dia memang ingin memberi,
Semata-mata mengharap redha Ilahi,
Tidak sekali inginkan imbalan duniawi.
Orang yang ikhlas,
Mendahulukan redha Allah dari redha manusia,
Lebih mengharapkan syurga dari dunia,
Kalaupun dunia yang menjadi harapan,
Allah tetap mendapat sepenuh tumpuan.
Orang yang ikhlas,
Jarang merasa resah,
kalaupun gelisah,
Sebab takut amalnya bukan kerana Allah.
Orang yang ikhlas,
Mukanya jernih,
Tulusnya mengalir di binaran cahaya mata,
Senyumnya menyebar bahagia,
Riak wajahnya buatkan orang rasa selamat,
Lantas terus ingatkan akhirat.
Maka bertanyalah kita,
Kitakah orang yang ikhlas itu?
Kalau tidak, bilakah kan kita tergolong dalam kelompok ini?
Inilah masanya kita sedarkan diri,
Hidup ini,
Kepada Allah sahaja kitakan kembali,
Betulkan qasad,
Luruskan niat,
Segala amal tiada gunanya,
Melainkan kerana Allah semata.
Tanyalah kembali,
Kitakah orang yang ikhlas itu?
7.10.2010 11.10 pm
No comments:
Post a Comment