Wahai dosa,
Kenapa kau selalu jenguk aku?
Padahal tak pernah aku pelawa kau datang selalu,
Tak pernah pula aku kata kita kawan sebulu,
Aku halau kau, kau datang balik
Kau datang hanya buatkan hati aku kotor,
Yang kau tinggalkan titik hitam berbintik2,
Jadikan amal2 sedikit yang aku ada seolah melebur,
Buatkan hati aku lama2 jadi malap,
Dah jadi susah aku nak nampak,
Aku terpaksa meraba2 pula dalam gelap,
Payahnya nak gerak,
Apa rintangan di depan susah nak elak,
Syaitan kiri kanan tergelak2.
Wahai amal,
Kenapa kau pula kejap2 saja tengok aku,
Padahal aku dah cakap, kau kawan baik aku,
Sebenarnya kau yang aku paling rindu,
Duduklah sini bersama, hiburkan aku,
Adanya kau iman aku bertambah,
Hati aku terasa cerah,
Bersama iman, kita cari ilmu,
Itu memang kombinasi yang padu!
Lalu mudahlah aku nak tengok jalan di depan,
Nak pilih kiri ke, atau ke kanan,
Menuju destinasi terakhir bertemu Tuhan.
Tapi dosa,
Kadang2 aku teringat,
Aku terus bertaubat,
Kalau tiada kau,
Mungkin juga aku terus terpukau,
Oleh dunia yang dilihat seolah bersniar kilau,
Mungkin juga aku terus terpana, terleka,
Negeri akhirat, aku terlupa,
Hmm... kalau kau nak datang juga,
Walaupun aku tahu kau tak pernah aku pelawa,
Tahu2 saja kau dah ada ada,
Janganlah kau bawa saudara mara,
Sahabat handai, teman berjela2,
Malas aku nak layan!
Yang takpa, dosa kecil-kecilan,
Asal kau bawa sekali kawan aku taubat,
InsyaAllah aku rasa selamat,
Dengan adanya kau, taubat insyaAllah selalu aku ingat.
Tapi amal,
Kadang2 kau datang, aku tak berapa nak layan,
Aku tak sertai dengan itqan,
Itu maknanya sungguh2 menyempurnakan,
Aku tak iring sekali dengan ikhlas,
Kadang2 aku terlupa amal saleh itu, Allah sahaja yang membalas,
Maafkan aku amal,
Sungguh aku sesal,
Terasa akal ni jadi bebal,
Terasa hati selaput dunianya tebal,
Lantas aku lupa kau dan iman,
Sedangkan itu, selalu sangat Allah peringatkan,
Banyak sekali tertulis dalam Quran.
Wahai diri,
Kenapa kau nak salahkan mereka?
Mereka ini makhluk Allah juga,
Kau tu yang biarkan hati mati,
Raja kerajaan diri,
Lemah longlai tak mampu berdiri sendiri,
Nak harapkan raja yang ini bagi arahan?
Patutlah senang saja dibantah nafsu syaitan,
Kau tu yang biarkan akal bebal dangkal,
Tak diburu segala ilmu,
Buat menyuluh semua penjuru,
Buat menyinar terang benderang,
Kalau macam ni punya jelas, dengan sesiapa pun aku boleh berperang!
Tahu siapa musuh, siapa kawan,
Baru aku berani, terus mara ke depan.
Wahai dosa,
Kau hanya bermakna bila aku bertaubat,
Kalau tak, kau hanya mengundang laknat,
Wahai amal,
Kau hanya bermanfaat bila aku ikhlas,
Lalu istiqamah di jalan kesabaran,
Bersuluhkan ilmu, bertemankan iman,
Pulang kepada Tuhan berbekalkan hati yang sejahtera,
Semuanya berbaloi bila kita berkumpul semula di syurga....
11.12 am 6.11.2010
No comments:
Post a Comment