Aku lihat orang berilmu,
Aku jadi cemburu,
Semua dia tahu,
Senangnya dia nak pilih,
Tahu mana soleh, mana toleh,
Tahu mana buruk, mana baik,
Tahu mana baik, mana yang lagi baik,
Kalau jadi ini dan itu,
Dia tahu apa nak diperlaku.
Tapi ada juga orang berilmu tapi tidak beriman!
Belajar tinggi2, tapi tidak pula rasa Allah itu mesti dipertuhan,
Dia tidak sedar iman itu,
Seharusnya menjadi buah kepada ilmu,
Dari situlah hati terus hidup tak mati.
Apa ilmu yang ada taklah rugi.
Maka aku lihat orang berilmu, lantas dia beriman,
Sekali lagi aku cemburu,
Apa yang dia tahu,
Dia dapat merasa,
Ilmu yang ada meresap ke jiwa,
Akalnya dah hidup, hati pula cerah sentiasa,
Bukan sekadar berlegar di minda,
Atau kecoh berkata2,
Tapi iman itu membenarkan apa yang sebenarnya,
Dengan Allah sepenuhnya dia percaya.
Tapi ada juga yg berilmu, beriman, tapi tidak beramal!
Apa yang dia tahu, dia rasa,
Dibiarkan sahaja,
Cukuplah ilmu dan imannya pada Allah,
Tanpa beramal dia tidak pun rasa bersalah!
Disangkanya ilmu iman itu cukup,
Lantas apa yang dikata usaha itu dia tutup,
Bukankah ilmu tanpa amal itu sia2?
Dan amal tanpa ilmu itu gila?
Ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah,
Apa nak diharapkan, hanya menunggu tuah?
Maka aku lihat orang yg berilmu, beriman yang beramal,
Sekali lagi aku jadi cemburu,
Ilmu yang dia tahu,
Membuah iman di kalbu,
Terus dia amal selalu,
Bagaikan pokok berbuah lebat sekali,
Ilmu yang ada disebarkan ke manusia,
Ilmu yang dia ada tersebar merata,
Wah, betapa banyaknya dia membawa manfaat!
Daripada ilmu yang disebar, orang lain jadi taat!
Tapi ada juga yg berilmu, beriman, beramal, tapi tidak pula ikhlas,
Kadang2 sahaja dia yakin suatu amal itu, Allah sahaja yang membalas,
Kadang2 tergelincir, yang diharapkan redha manusia,
Apa yang dia mahu sekadar habuan dunia,
Syurga itu rupa2nya letak nombor dua!
Maka aku lihat pula orang yg berilmu, beriman, beramal dan ikhlas,
Buat kesekian kalinya aku cemburu lagi,
Apa amal yang ada,
Memang dia mengharap redha Allah semata,
Semua yang diusaha, Allah balas dengan syurga,
Apalah sangat habuan dunia, redha manusia,
Dunia ni dipandang sebelah mata.
Tapi ada juga yang sudah ikhlas,tidak pula istiqamah,
Beramal sehari dua, dia sudah lelah,
Alah sayangnya dia tidak berterusan,
Kalau tak pahala dia mesti Allah lipat gandakan.
Maka aku lihat orang yg berilmu, beriman, beramal, ikhlas dan istiqamah,
Yang inilah aku paling cemburu,
Apa tidaknya,
Segala hidupnya berbaloi bila Allah kurniakan syurga,
Rahmat Allah, Ampunan Allah keatasnya,
Bila berdoa, semua dimakbulkan,
Bila berkata, semua memanfaatkan,
Bila berbuat, memang berdasarkan ilmu,
Allah bersamanya selalu.
Ilmu, iman, amal, ikhlas, istiqamah,
Mereka ini 5 sahabat baik tak terpisahkan,
seboleh2nya jangan dijauh2kan,
kalau dipisahkan salah satu,
Maka tempanglah ia.
Ilmu itu duduknya di daerah akal,
Iman itu duduknya di daerah hati,
Amal itu duduknya di daerah anggota,
Ikhlas dan istiqamah itu mesti direbut dan dipelihara,
Bila semua ini bersatu,
Barulah ini kombinasi padu!
Orang 'biasa' akan terus sesat jika tidak bersama ilmu,
Orang berilmu akan binasa jika tidak beriman,
Orang beriman akan binasa jika tidak beramal,
Orang beramal akan binasa jika tidak ikhlas,
Orang ikhlas sedikit saja manfaatnya jika tidak istiqamah,
Kalau dinilai sendiri, maka di mana rasanya kita?
Kalau ada amalnya,
Amal apa yang sampai pada Allah?
Aduhai betapa malang lah hidup ini,
Kalau selama ini kita beramal,
Tidak langsung Allah terima,
Melainkan sedikit sahaja?
Maka bagaimana yag langsung tidak beramal?
Tidakkah bertimpa2 malangnya?
Aku kembali pada cemburu,
Aku cakap, eloklah kau ada,
Tapi cukup ke itu sahaja?
Takkan tak buat apa2?
Merenung, melopong, mengangankan syurga,
Tapi apa usaha?
Tiada!
Jom kita mula,
Sekarang juga!
27.10.10 11.25am
Mohon kongsi di page saya jzkk
ReplyDeletePenuh makna jika dihayati
ReplyDeleteThanks for sharing :)