Apakah yang paling pasti?
Jawabku mati.
Hidupnya kita tahun depan, bulan depan,
Minggu depan, esok mahupun sebentar lagi,
Belum tentu pasti,
Perihal itu Allah sahaja yang mengetahui,
Kau nak intai, nak tahu, usaha itu hanya memperbodoh diri,
Apa yang kita rancang,
Apa yang kita cita2 dan harapkan,
Apa yang kita yakinkan,
Apa yang kita persiapkan,
Apa yang kita susunkan,
Di dunia ini,
Yang melibatkan manusia, dunia seisinya,
Tak boleh lawan pastinya mati,
Tidak pelikkah kita, sakit jantung tiba2, kemalangan jalan raya,
Jatuh bangunan 'tak sengaja', tersalah tembak pun jadi cerita,
Lemas di sungai dan laut macam dah biasa,
Kena tipu kat peguam lalu mati terseksa,
Tidak mungkinkah suatu hari nanti kita yang terkena?
Buat sekarang ini,
Berbaloi sangat2 kita peringatkan diri,
Kejap lagi kita mungkin mati,
Kembali dijemput Ilahi.
Apakah yang paling penting?
Jawabku iman,
Iman kita kepada 6 rukun iman,
Iman kepada Allah, Rasul2, para malaikat,
Kitab2 suci, hari akhirat, Qadak qadar,
Iman itu penyelamat,
Di dunia sekarang, dan kelak di akhirat,
Di dunia selamat dari tersesat,
Selamat dari buat perbuatan yang akibatnya laknat,
Di akhirat selamat dari azab berat,
Saat semuanya hilang lenyap,
Tiba2 iman yang datang senyap2,
Ajak kita ke jalan yang benar,
Syukur Alhamdulillah, sebelum jauh tersasar,
Kalau imanmu nipis sangat,
Jiwa kacau bilau, jangan terperanjat,
Syaitan suruh bunuh diri pun boleh diperturut,
Bangkit di akhirat, dosa tu tak luput,
Masa tu tak guna langsung nak bersungut.
Apakah yang paling perlu?
Jawabku ilmu,
Ilmu itu penerang jalan,
Baru kau nampak apa di hadapan,
Tanpa ilmu, sedar tak sedar kau meraba dalam gelap,
Walaupun kadang2 kau rasa kau berjalan tegap,
Padahal kau jalan merayap2,
Tak ke depan, tak ke belakang,
Kiri atau ke kanan,
Selagi tak bersama kau, apa yang dikata ilmu,
Kau tetap jalan melulu,
Kau langgar sini sana,
Kau sakit sekejap, lepas tu kau sengih2 sahaja,
Kau ingat takde apa2,
Kau bangun, kau jalan, kau langgar lagi,
Syaitan kiri kanan dah tergelak tak kering gusi,
Apa tidaknya, usaha mereka menyesatkan berbaloi berkali2,
Matlamat diorang apa?
Sesatkan kita,
Sampai diheret sekali ke neraka.
Apakah yang paling besar?
Jawabku hidayah,
HIdayah Allah walau sekecil mana tetap besar sekali,
Walaupun pada pandangan kita kecil, lantas tak dihargai,
Tidakkah kau pernah rasa cemburu?
Pada orang yang tersesat jauh di masanya terdahulu,
Tiba2 dikurnia hidayah,
Lalu mendapat rahmat Allah melimpah ruah?
Yang sebelum ini membenci, memerangi Allah dan Rasul,
Sekali dikurnia hidayah, menjadi general perang di barisan terkehadapan?
Maka untuk mati,
Sebijaknya kita persiapkan diri,
Taubat berkali2,
Pergilah solat, sujud pada Ilahi,
Berbuat amal baik sebanyak2nya,
Minta maaf pada semua,
Tapi janganlah takut bercita2,
Tugas kita, terus berusaha.
Maka untuk iman,
Mesti kita pertahankan,
Mesti kita pertambahkan,
Mesti kita usaha terus-terusan,
Jangan dibiar iman senipis kapas,
Jangan dibiar iman sebutir yang malap,
Renungkanlah ayat2 Al-Quran,
Fikirkanlah tanda2 dari alam ciptaan Tuhan,
Dengarkanlah nasihat dan peringatan,
Jangan dibiar satu hari tanpa kau kuatkan iman.
Maka untuk ilmu,
Sekarang juga kita mesti keluar memburu,
Siapkan senapang dengan peluru,
Sebab banyak yang disesatkan syaitan lalu tertipu,
Hadirlah majlis2 ilmu,
Dengarlah kuliyah selalu,
Seeloknya pergilah berguru,
Pilihlah dan bacalah buku2,
Ilmu itu milik Allah,
Tapi manfaat untuk manusia,
Utamakanlah yang bincang Al-quran dan sunnah,
Sebab itu yang sebenarnya yang buatkan akal cerah,
Lalu disusuli amal ibadah,
Maka itulah yang menghidupkan hati,
Iman digilap suci murni.
Maka untuk hidayah,
Ambil, dan rebutlah,
Hidayah itu petunjuk,
Mana yang baik, mana yang buruk,
Sebenarnya setiap hari Allah bagi hidayah,
Diilhamkan jalan ketaqwaan dan kejahatan,
Sepertimana Allah terangkan dalam surah Al-Syams,
Tinggal lagi kita untuk memilih,
Masa itu kalau tiada ilmu dan iman,
Kau tahu kau pasti tersesat jalan.
Kau lengkapkanlah dengan ikhlas,
Kau yakin semua itu nanti, Allah sahaja yang akan membalas.
17.10.10 5.03 pm
No comments:
Post a Comment