Sebulan berlalu sejak musibah besar melanda diri. Musibah yang sendiri merasa, bagai kiamat dalam diri. Sistem kepercayaan yang berasaskan optimism runtuh sama sekali. Bila diterjah dugaan sebegitu, akal jadi buntu, hati mati terasa tak dapat bangkit kembali, iman yang nipis seolah lari, yang cuba menguasai, ambil kesempatan, hanya nafsu dan syaitan. Selepas mengadu pada pemilik hati, Allah yang Maha Mengasihani, terbukti Allah itu Maha Penyayang, Menyanyangi hamba2Nya.. asalkan kita kembali padaNya.. sekejap saja Allah hantar tenang bahagia semula..
Musibah yang melanda padaku seolah orang yang paling aku cinta selama hidupku, arwah ayahku, mati buat kali kedua.. kali ni seolah lenyap semua. tiada apa yang tinggal.. kalau dulu aku selalu mangadu pada ayahku.. ayah selalu menghilangkan rasa buntu. walaupun sekadar senyuman yang penuh wibawa, atau sepatah dua kata. kali ni, aku buntu macam nak gila.. tapi aku terlupa, aku masih ada Allah, Maha Pencipta. Dialah yang menciptakan, manusia, dunia segalanya, menciptakan rasa gelisah gembira.
Bila semua yang kabur, kacau, gegak gempita, sudah sirna, aku mula nampak sinar iman. Cahaya yang menunjukkan 'sini jalan keluar'.. tak lama setelah episod perit menimpa.. aku sangka akan jauh berlarutan. tapi syukur alhamdulillah, aku terasa Allah terlalu kasihkan aku sebagai hambaNya.. maka dibawa keluar dari kemelut perasaan secepatnya. tidak cukup dengan itu.. Allah terus menyingkap tabir hikmah dari ujian ini.. banyak sekali.. tak sangka hikmah2 itu terasa sedang disingkap secara langsung terus ke hati.. seolah letupan besar yang berlaku, hikmah2 dia bertaburan merata2.. semuanya untuk aku kutip semula.. malah mungkin tak cukup tangan untuk mengendong semua...
Kepada ada yang membaca, ini sekadar luahan hati. hati yang suatu masa dahulu membengkak, berkecai, kini Allah ganti dengan hati yang baru. Hati yang lebih bersedia untuk menjalani ujian dunia. buat menjadi bekalan di akhirat sana. bila dikata hati, banyak yang sangkut pautnya berkenaan perasaan, iman, emosi. ya, blog ini memang dimonopoli sebahagian besar oleh emosi dan perasaan. tapi iman itu menjadi pemandu. maka sekali lagi diingatkan, blog ini barangkali tidak sesuai bagi yang berfikiran negatif, memandang rendah pada makhluk yang bernama 'perasaan'. bukan untuk mendedahkan apa yang dirasa semata2, tapi lebih kepada berkongsi apa hikmahnya. apa di sebalik cerita. apa yang lebih bermakna..
Sebenarnya antara yang dirasa, adalah betapa ujian Allah kali ni, yang padaku adalah seperit2 ujian, walaupun pada pandangan orang lain mungkin sekadar gigitan semut, tapi Allah itu maha berkuasa, sebenarnya membawa sejuta rahmat.. Hanya cukup dengan sedikit sebab, Allah boleh tunjuk pelbagai akibat.. tempoh sebulan ni, aku terasa dipaksa belajar dengan terlalu cepat, ekstrim, sampai aku sendiri bertanya, sudah gilakah aku? lintasan otak, lintasan hati banyak sekali. tapi, bila difikir semula, ia seolah ilham Ilahi, memberi petunjuk.. apa yang sebenarnya berlaku. sampaikan satu2 hal, Allah boleh ilhamkan dalam 10, 20 cara untuk memahaminya.. ayat2 Al-quran seolah bergema dalam kepala, seolah sedang mendesak nak bercerita. Al-quran aku yang terkadang aku terlalai untuk membaca dan menelaahnya, mengelus2 kesedihan yang melanda. lalu tiba2 bertukar bahagia.. Allahuakbar.. Allah punya kuasa, Allah punya kasih, cinta pada hamba2Nya, sebenarnya tak terbalas langsung oleh kita.. Sedangkan kita seharian masih lagi bermaksiat padaNya.. masih lalai mengingatiNya.. masih berdolak dalih untuk mengikut suruhanNya.. Astaghfirullah.. dan aku rasa aku termasuk golongan itu!! Malang lah diri ini.. Ya Allah ampunkan aku..
apa yang aku 'dipaksa' belajar sebenarnya nilainya sangat tinggi. itu hanya boleh dinilai, dan dirasa di hati. kadang2 akal pun susah nak menerima. aku belajar tentang iman, sabar, ikhlas, Cinta, dunia, kehidupan, harapan, hati, ilmu, syurga, neraka, kiamat, redha, syukur, wahan dan banyak lagi. yg semua itu padaku, tema kehidupan yang sangat besar. dan aku belajar dalam sebulan.. malah aku masih menjalani 'proses penyingkapan' tabir tentang apa yang berlaku. Sekali baca, macam dah gila. lantaklah apa orang nak kata. yang penting, aku ada iman, n bila cek dgn ilmu, insyaALlah aku tidak lari.. apa yang Allah nak tunjuk adalah Maha Pengasihaninya Dia..
Terima kasih Allah yang memberi hadiah ujian ini. segala puji bagiMu.. ujian ini sebenarnya tarbiyyah ilahi. aku hanya manusia kerdil, insan lemah tak bermaya.. akal yg tersingkap, hati yg seolah mati.. tiba2 Allah bagi nikmat lagi.. aduhai.. kali ni aku merasa betapa agungnya Cinta Dia.. biar menyerah segala apa yang ada, tidak sekali2 dapat membalas Cinta dan KasihNya Dia pada kita.. dalam lupa alpa, Allah ajar aku.. dalam pening, sakit kepala yang melanda, sakit hati, dada yang menyesakkan, Allah menghantar tentera tenang buat aku.. dan sebab Allah lah, aku masih boleh hidup seadaanya!!
No comments:
Post a Comment