Ya Allah,
Izinkan aku,
Jadi hambaMu,
Yang sentiasa soleh pada pandanganMu,
Yang sentiasa meletak taqwa objektif hidupku,
Yang sentiasa mengharapkan redhaMu setiap waktu,
Yang sentiasa mengharap syurga pembakar sumbu,
Izinkan aku,
Agar,
Taubatku mendahului dosa-dosaku,
Syukurku seiring nikmat-nikmatMu,
Redhaku mendahului ujianMu,
Sabarku membesar sebesar dugaanMu,
Zikirku padaMu, daripada fikirku terhadap dunia dan manusia, aku perdahulu..
Tapi Ya Allah aku tahu aku jauh dari mampu,
Kerana aku hanyalah insan lemah,
Kerana aku tahu aku hanya seorang hambaMu yang dhaif,
Kerana aku hanya seorang manusia biasa,
Bukan nabi, bukan malaikat, bukan orang-orang terpilih,
Dan kerana di sana dunia melambai-lambai padaku,
Di sana nafsu terus mendesak aku memburu,
Di sana syaitan membisik seribu bisikan buat menyesatkanku,
Aduhai tidakkah boleh Engkau sahaja dalam hidupku?
Tapi apakan mungkin taubatku sebanyak dosaku?
Syukurku sebanding nikmat pemberianMu?
Redhaku yang selalu terlambat hadir?
Sabarku yang selalu aku mungkir?
Fikirku akan manusia dan dunia lebih berselirat dari tenangku mengingatiMu..
Nak tak nak aku harus kembali,
Mengharap, menangis, dan terus bertempur,
Mengharapkan rahmat dan pengampunanMu,
Tangiskan dosa yang tak dibajai tapi subur,
Bertempur melawan nafsu dan syaitan,
Mampukah aku bertahan?
Mungkin sekali Kau peringatkan,
Aku terus tunduk malu padaMu Tuhan,
Tapi bagaimana masa mendatang?
Oh Allah bantulah aku jadi hambaMu yang Kau sayang!
Oh Allah, izinkanlah aku,
Bimbinglah aku menujuMu,
Penuhkan hatiku dengan rasa rindu,
Menanti penuh setia pertemuan itu,
Ya, aku ingin sekali terus setia menunggu,
Janganlah kau izinkan ‘setiaku’ ini diganggu,
Kalau diganggu pun, tolonglah aku,
Kerana aku hanyalah hambaMu yang lemah...
Ya Allah, tuhanku,
Izinkanlah aku sebegitu...
No comments:
Post a Comment